Pages

Assalamualaikum w.b.t..Selamat Datang ke laman rasmi ADUN Gombak Setia (N17) Y.B Dr. Hasan Bin Mohamed Ali. Terima Kasih

Sunday, October 3, 2010

PAS Semakin diterima Rakyat

YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam telah mengadakan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dikediaman beliau di Tmn Tun Dr Ismail.

Beliau seisi keluarga telah mengalu-alukan kedatangan hampir 15,000 tetamu. Majlis telah diserikan dengan berbagai acara termasuk hiburan yang bersenikan islam disamping disediakan dengan berbagai juadah.

Jabatan-jabatan kerajaan bersama NGO telah bertungkus – lumus menjayakan majlis rasmi tersebut.

Kehadiran yang berpusu-pusu sejak jam 10 pagi dipermudahkan dengan bantuan Briged Amal serta pegawai kakitangan penguat kuasa (MPAJ) disamping petugas-petugas yang dilantik khas bagi menjayakan majlis ini.

Dalam ucapannya, Dato’ Dr Hasan menegaskan bahawa sambutan pada tahun ini begitu meriah dengan kehadiran yang semakin bertambah.

Beliau berasa terharu dengan kehadiran begitu ramai tetamu dari kalangan kaum india dan thioghua. Sebahagiannya menyewa bas untuk sampai ke tempat program.

Harapan penganjur semoga pada tahun-tahun hadapan dapat disediakan ruang sajian yang lebih besar disamping ruang untuk para tetamu dan ahli keluarga yang hadir.

Difahamkan hampir semua rumah terbuka anjuran Exco dan ADUN-ADUN PAS mendapat sambutan luar dugaan walaupun cuaca tidak berapa mengizinkan, katanya disini petang semalam.


Editor :khaulah Azwar

1 comments:

Seri Nuang Shah Alam said...

Tahniah kepada Dato' atas tugasan yang dijalankan..Semoga Allah memberkati usaha dan kerja kita semua.

Seri Nuang Shah Alam
Dalam ADUN Kota Anggerik dan MPP Zon 4 Shah Alam

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...