Pages

Assalamualaikum w.b.t..Selamat Datang ke laman rasmi ADUN Gombak Setia (N17) Y.B Dr. Hasan Bin Mohamed Ali. Terima Kasih

Friday, October 29, 2010

Sistem Demokrasi di mandulkan oleh UMNO/BN

Shah Alam -Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor melancarkan program Fasa ke 2 Pendemokrasian Rakyat Selangor bagi memperkukuhkan lagi keanggotaan (PR) selain meningkatkan pendaftaran pemilih baru.

Pelancaran program diadakan di Bangunan Jubli Perak, Shah Alam dan diaktifkan di seluruh negara yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia.

Turut hadir dalam pelancaran tersebut Sekratariat Program Pendemokrasian rakyat (Analisa Gerakkerja Operasi Pendemokrasian Rakyat & Takllimat Operasi Fasa Kedua), Ust. Abd Halim Abd Rahman Ahli Parlimen Pangkalan Chepa, Y.B tuan Tan Kok Wai Ahli Parlimen Segambut, Y.B Tuan Saifuddin Nasution Ahli Parlimen Machang.
Misi diadakan program ini adalah untuk meletakkan satu fokus dan suasana kerja kefahaman diperingkat akar umbi seluruh negeri.
Dalam perutusanya, Y.B Dato' Dr Hasan menyeru agar semua petugas dan ahli PAS, PKR, DAP agar bangun daripada lamunan dan teruskan gerak kerja daripada sekarang yang berkemungkinan besar PRU ke 13 akan diadakan pada Jun, 2011.
Ujarnya lagi "Program ini akan berjalan sepanjang tahun dan ditetapkan lapan minggu bagi proses pendaftaran pemilih baru dan setiap mereka yang bertugas perlu bertemu dengan penduduk setempat mengikut cawangan atau kawasan masing-masing, ini bagi memastikan penduduk setempat yang berkelayakan telah berdaftar sebagai pemilih".
Katanya lagi "didapati parti (PR) terutamanya di Negeri Selangor telah kehadapan dengan peratus tertinggi dalam membuat kerja pendaftar pemilih. Semoga kerja-kerja ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa agar kemenangan pada (PR) akan terus berkekalan untuk menerajui negeri ini dengan sebaiknya".
"PRU ke 13 adalah merupakan pilihan raya yang amat penting, oleh itu kita semualah bertanggungjawab untuk memastikan kemenangan ini agar hasrat untuk mengambil Putrajaya akan tercapai demi membantu rakyat dinegeri selangor ini khususnya".
Beliau juga meminta semua peringkat pimpinan sentiasa bekerja keras dengan melakukan berbagai aktiviti untuk bertemu rakyat.
Pertemuan ini bukan dilakukan pada saat pilihan raya sahaja tetapi setiap waktu agar rakyat nampak peranan dan tanggungjawab yang dijalankan oleh saf pimpinan dan semua petugas (PR), ulasnya.
Semua aktiviti di UPU/cawangan setiap DUN perlu dirancang ke arah pendaftaran pemilih baru atau pengundi muda. Mohon Maklumat Isi Rumah (MIR) dilengkapkan dengan sempurna.

Dato' Dr Hasan juga telah membuka minda kepada semua yang hadir dalam majlis program tersebut bahawa sejak lebih 50 tahun terdapat sebilangan rakyat masih kabur memahami prinsip-prinsip demokrasi dan perjuangan politik.
Ini terbukti di Negeri Selangor sahaja seramai 700’000 rakyat yang layak mengundi belum lagi mendaftar sebagai pemilih. Orang Melayu merupakan golongan yang agak rendah kesedaran politik dan fahaman demokrasi.
Sebab punca berlakunya buta kefahaman ini adalah disebabkan oleh UMNO/BN. UMNO /BN harus bertanggungjawab diatas kejadian ini kerana mereka telah menjadikan rakyat mandul pengetahuan dan tindakan terhadap demokrasi dan politik. Sebahagiannya paham politik tetapi kabur tentang demokrasi.
Sebahagiannya pula faham demokrasi tapi tidak matang dalam politik. Terdapat segolongan rakyat yang kabur kedua-duanya sekali.
Oleh itu untuk mengubati penyakit kemandulan demokrasi ini, pemerintahan Kerajaan (PR) akan cuba membantu rakyat supaya dapat menguasai kedua-duanya iaitu demokrasi dan politik , katanya.
Dato' Dr Hasan menyatakan bahawa usaha yang dijalankan bukan sahaja untuk keuntungan generasi kini malah untuk menentukan anak bangsa dan generasi akan datang hidup dalam persekitaran kesaksamaan, keadilan dan kesejahteraan berpaksikan kepada amalan demokrasi dan gerak kerja politik yang membina.
Beliau dan semua saf pimpinan di akar umbi menyeru supaya semua yang terlibat menggunakan kesempatan yang ada bagi mengerah tenaga untuk membuat daftar pemilih seramai mungkin dalam rangka memanjangkan usia pentadbiran (PR) di Negeri Selangor ujarnya dalam ucapan perasmian Sistem Pendemokrasi Fasa ke 2 di sini petang semalam.





Editor : Khaulah Azwar

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...