Pages

Assalamualaikum w.b.t..Selamat Datang ke laman rasmi ADUN Gombak Setia (N17) Y.B Dr. Hasan Bin Mohamed Ali. Terima Kasih

Friday, October 8, 2010

Hari Terbuka PAS Pusat Kerjasama PKM ADUN Gombak Setia penuh mahabbah

Tmn Berjaya, Gombak- Hari terbuka PAS Pusat kerjasama dengan Pusat Khidmat Maysarakat (PKM) ADUN Gombak Setia telah mendapat sambutan yang begitu meriah dengan suasana mahabbah sekali dengan jumlah kehadiran melebihi 10, 000 pengunjung.
Hari terbuka tersebut bukan sahaja dihadiri bangsa islam sahaja malahan berbagai bangsa dan agama juga turut hadir bagi meraikan majlis tersebut sehingga 2 ptg.
Majlis telah dihadiri oleh Mursyidul Am PAS YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dan Presiden PAS,Y.B Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Muhammad serta pimpinan tertinggi parti.
Kedatangan mereka telah disambut oleh Y.B Dato' Dr Hasan Mohamed Ali selaku ADUN Gombak Setia.
Selain daripada itu, dalam majlis tersebut rakyat juga diberi peluang untuk menghulurkan salam kepada semua saf pimpinan parti.

Dan kanak-kanak pula telah menerima duit raya daripada saf pimpinan bagi meraikan mereka.

Kedatangan semua pengunjung telah di sambut dengan irama kesenian islam dan dikir barat daripada negeri kelantan bagi memeriahkan suasana aidilfitri.
Berkata Dato' Dr Hasan, alhamdulilah buat pertama kalinya pada tahun ini PAS Pusat telah memilih PKM ADUN Gombak Setia menjadi tuan rumah untuk mengadakan Hari Terbuka Aidilfitri PAS Pusat.

Dengan adanya majlis ini sekali gus dapat memperkenalkan lagi fungsi PKM pada rakyat. Mungkin sebelum ini mereka tercari-cari dimanakah lokasi PKM di setiap kawasan mereka duduki.
Saya merakamkan ribuan terima kasih kepada urusetia bentara program, AJK PAS Pusat, AJK PAS Kawasan Gombak khususnya dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak dengan bertungkus lumus bagi menjayakan majlis ini tanpa mengira penat lelah dengan membuat persiapan gotong royong berjemaah.

Alhamdulilah dengan tarbiyah diberikan oleh saf-saf pimpinan melalui usrah mampu mendidik hati dan jiwa kita untuk bekerja secara berjemaah tanpa mengira pangkat dan darjat.
Sehubungan dengan itu, saya selaku ADUN Gombak Setia bersama kakitangan PKM ADUN Gombak Setia, seluruh pimpinan PAS Pusat, PAS Kawasan Gombak Setia berbesar hati menerima semua pengunjung yang hadir untuk meraikan majlis ini bersama.
Semoga dengan pertemuan didalam majlis ini mampu mengeratkan ukhwwah persaudaraan. Ini merupakan ruang pada rakyat mendekati pimpinan Pakatan Rakyat (PR) lebih dekat lagi. katanya dalam majlis tersebut kelmarin.

Koleksi Foto

Editor :khaulah azwar

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...