Tmn Berjaya Gombak - Bagi mencapai matlamat KPI dalam mentadbir masjid dan surau di negeri selangor khususnya, satu pertemuan majlis ramah mesra telah diadakan di PKM ADUN Gombak Setia kelmarin.
Majlis tersebut telah diadakan dengan sesi dailog antara ADUN Gombak Setia dengan Semua Pengerusi dan Setiausaha masjid dan surau di kawasan gombak.
Berkata "YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap ADUN Gombak Setia, tujuan mengadakan pertemua ramah mesra ini adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada pihak pengurusan masjid dan surau untuk mengadakan perbincangan 2 hala".
"Ini adalah penting kerana saya tidak mahu pihak pengurusan tidak dapat menyampaikan suara hati dan hasrat mereka dalam mentadbir masjid dan surau. Sekira mereka ada cadangan, hasrat dan lain-lain perkara mereka boleh suarakan melalui saya atau di Pejabat PKM ADUN Gombak Setia agar segala masaalah, cadangan akan dibawa berbincang untuk menghasilkan kerja yang lebih baik. Saya ingin lihat setiap orang yang diberikan amanah dalam melakukan kerja merasakan 1 keseronokan dihatinya kerana kerja itu merupakan 1 ibadah". katanya.
Dato' Hasan berkata lagi, "selain daripada itu antara agenda utama adalah untuk membincangkan tahap keselamatan, kebersihan dan program imarahkan surau & masjid. Disini saya juga menggalakkan kepada pihak nazir dan semua AJK yang telah dilantik digalak membuat berbagai program & pertandingan antara surau dan masjid. Mereka juga diberi peluang untuk memikirkan bagaimana untuk menggalakkan masyarakat setempat agar sentiasa memberi kerjasama dalam meraikan rumah allah ini kerana ini dalah tanggungjawab bersama bukan individu".
Tujuan tersebut adalah agar rumah allah ini tidak menjadi sunyi selepas berlalunya bulan ramadhan.
Program imarahkan masjid dan surau harus dihidupkan setiap hari ,katanya. Ini juga merupakan salah satu kategori dalam mencapai KPI.
Dengan adanya program sedemikian, bukan sahaja mengeratkan hubungan antara penduduk setempat sahaja tetapi mereka juga diberi peluang untuk membincangkan berbagai perkara antara pihak pengurusan masjid dan penduduk sekitarnya.
Alhamdulilah, pertemuan saya bersama nazir, pengerusi masjid dan surau pada malam ini juga amat menggalakkan.
Semua Pengerusi dan setiausaha surau & masjid sentiasa memberi kerjasama dalam semua aspek. Ini yang kita harapkan, katanya.
Majlis tersebut telah diadakan dengan jamuan makan malam bersama ADUN Gombak Setia.
Editor:Khaulah Azwar
0 comments:
Post a Comment