Pages

Assalamualaikum w.b.t..Selamat Datang ke laman rasmi ADUN Gombak Setia (N17) Y.B Dr. Hasan Bin Mohamed Ali. Terima Kasih

Friday, October 8, 2010

Post Mortem perlu ada setiap kerja dilakukan

Tmn Berjaya Gombak- Satu mesyuarat khas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Gombak Setia bersama Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Pejabat Tanah Daerah Gombak (PTDG), Tenaga Nasional Berhad (TNB) , Polis, telah diadakan baru-baru ini.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap ADUN Gombak Setia. Turut hadir bersama dalam mesyuarat khas tersebut nazir masjid, dan ketua kg.
Berkata Dato' Dr Hasan dalam ucapan mesyuarat yang telah dilaksanakan "tujuan saya mengadakan mesyuarat khas adalah saya ingin melihat hasil turun padang yang dilakukan baru-baru ini bersama MPS, JKR dan semua agensi yang terlibat dengan mendapat semua laporan kerja yang telah pihak MPS dan Jabatan Kerja Raya (JKR) lakukan setiap kali membuat kerja-kerja pemantauan di setiap kawasan dilakukan".

Antaranya adalah mengenai Kemudahan infrastruktur, Infra Gerai Selera MPS, masaalah pembuangan sampah, tapak pembuangan sampah Fasa 8, dan lain-lain lagi.
Tujuan saya membuat tindakan tersebut adalah untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab saya sebagai Exco Kerajaan Negeri merangkap ADUN Gombak Setia disini.

Selain daripada itu ingin memberi khidmat masyarakat dan kepuasan kepada rakyat yang telah memilih saya sebagai wakil rakyat pada PRU ke 12 yang lalu.
Semoga dengan tinjauan dan pemantauan kerja dilakukan ini dapat memberi khidmat kepada masyarakat dengan baik, katanya.

Menurutnya lagi, saya ingin melihat semua pekerja yang sentiasa berhubung dengan saya dapat menjalankan tugas dengan baik, jujur dan amanah kerana ia merupakan amanah majikan kepada kakitangan yang dilantik.
Semoga setiap pemantauan dilakukan akan memberi impak yang positif dan melahirkan generasi pekerja yang berwawasan dan dikagumi oleh setiap masyarakat kepada setiap agensi syarikat tersebut.

Jika pemantauan tidak dilakukan setelah turun padang dengan tidak melakukan "post mortem" saya yakin ia tidak mendatangkan hasil yang baik dan merupakan satu pekerjaan yang begitu sia-sia. Dalam melakukan pekerjaan juga perlu ada "follow- up" kerja agar kerja dilakukan yang masih dalam proses tidak tergendala begitu sahaja.
Hasil kerja yang baik adalah dengan menyenaraikan semua kerja-kerja kita, apa patut kita lakukan hari ini, tidak melengahkan kerja senaraikan kerja-kerja yang masih dalam perhatian dan sebagainya.

Melakukan perbincangan antara agensi dan majikan bersama kakitangan juga perlu ada agar tidak berlaku salah faham dan sebagainya didalam melakukan perkerjaan.
Insya-allah jika hubungan 2 hala ini wujud hasilnya 100% positif dan kita melakukan pekerjaan juga merasa gembira, katanya denga memberi suntikan motivasi kepada ahli mesyuarat bersama kakitangan PKM ADUN Gombak Setia, kelamarin.


Editor :khaulah azwar

1 comments:

Unknown said...

Salam,
Bagaimana untuk menulis terus kepada YB Datuk Dr Hasan? Bolehkah saya dapatkan emel beliau? Saya ada satu idea berkaitan dakwah di Selangor sesuai untuk Promise dan Seminar Ulama yang baru berlangsung

TK.
Syed

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...