Pages

Assalamualaikum w.b.t..Selamat Datang ke laman rasmi ADUN Gombak Setia (N17) Y.B Dr. Hasan Bin Mohamed Ali. Terima Kasih

Thursday, September 30, 2010

Rakyat Berpuas Hati Dengan Pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat (PR)


Tmn Sri Gombak- Sudah menjadi kebiasaan kepada segelintir masyarakat dengan membuang sampah tidak kira dimana sahaja. Sikap negatif ini sukar amat dibendungkan lagi dalam diri mereka untuk bersama menjaga kebersihan samada di kawasan perumahan mahupun kawasan awam.
Inilah fenomena yang terjadi di kawasan pasar tani Sri Gombak walaupun sudah 5 kali tindakan diambil oleh ADUN Gombak Setia bersama pihak berkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
Tinjauan telah dilakukan oleh YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap ADUN Gombak Setia bersama MPS di kawasan pembuangan sampah setelah menerima aduan rakyat baru-baru ini.
Dato' Dr Hasan berkata "saya benar-benar rasa kesal dengan sikap masyarakat yang tidak rasa bertanggungjawab untuk menjaga kerbersihan bersama".
Akibat kelalaian dan sikap tidak rasa bertanggungjawab, akhirnya akan memberi kesan yang buruk bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi kepada penduduk sekitar di kawasan itu".
Jika mereka tidak mempunyai sikap bertanggungjawab, amat sukar untuk kita tangani masaalah ini dengan baik walaupun sudah diambil tindakan beberapa kali, katanya.
Sehubungan dengan itu, bagi mengatasi masaalah yang timbul Dato' Dr Hasan telah meminta Pn. Haslizah, MPS untuk menyediakan jadual berkala, laporan kerja-kerja penyelenggaraan pemungutan sampah, laporan bilangan tong sampah yang telah disediakan setiap kawasan. Penyediaan tong sampah yang sediada adalah amat tidak sesuai digunakan kawasan pasar ia sesuai digunakan kawasan perumahan.
"Saya harap semua laporan tersebut hendaklah dihantar kepada saya dalam mesyuarat khas yang akan diadakan dalam masa terdekat, katanya.
Selain daripada itu, beliau juga rasa tidak berpuas hati dengan melihat struktur tong sampah yang begitu dhaif sehingga menyebabkan sampah terkeluar daripada tong sampah yang telah disediakan. Tong tersebut telah pecah dan berkarat sehingga anasir-anasir seperti tikus , lalat bermaharajalela.
Dato' Dr Hasan juga mencadangkan agar tong sampah tersebut hendaklah mempunyai tong sampah besar, mengikut capacity, beroda agar pemungutan sampah mudah dilakukan. Lebih baik diletakkan juga papan tanda dan amaran notis denda kepada pembuang sampah yang tidak bertanggungjawab.

Hj. Abdul Rahman Pengerusi Persatuan Tomyam (PERKOM) berkata,"saya melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas kunjungan Y.B Dato' Dr Hasan bersama rombongan untuk memantau kawasan perniagaan disini yang jelas dan nyata mengenai masaalah pembuangan sampah yang ketara hingga mengeluarkan bau yang kurang enak lebih-lebih lagi di belakang kawasan gerai makan di kawasan ini. Walaupun aduan telah dibuat kepada MPS namun tindakan di ambil tidak memuaskan hati dengan tiada pemantauan. Kami berharap dengan kunjungan Dato' disini mampu menyelesaikan masaalah yang sekian lama kami hadapi. Bimbang jika tiada tindakan diambil, pasti akan memberi kesan yang buruk kepada pengungjung yang makan ke gerai kami, katanya.
Ting Lai Kiew Peniaga tetap di kawasan pasar tani melahirkan kekecewaannya apabila dilihat sampah yang dibuang di kawasan rumah sampah yang sedia ada, kadangkala melebihi kawasan tapak sampah sehingga sakit mata memandang.
Tetapi saya gembira semenjak pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) banyak masaalah yang kami hadapi sebagai peniaga disini dapat diatasi oleh pimpinan sekarang. Segala aduan rakyat diambil dengan begitu cepat dan mendapat perhatian. Pimpinan (PR) sering membantu dan meraikan rakyat. Segala perjanjian manesfesto PRU ke 12 telah dikotakan oleh mereka, saya dan semua penduduk thiounghua disini merasa gembira dan selesa dengan pemerintahan kerajaan (PR). Kami lihat peranan dan tanggungjawab yang dijalankan oleh Dato' Dr Hasan sebagai ADUN Gombak Setia bersama semua pimpinan selangor amat memberi kepuasan hati kami. Semoga PRU ke 13 Dato' Dr Hasan akan kekal menjadi ADUN Kawasan Gombak dalam memberi khidmat kepada masyarakat, katanya.
Sungguh berlainan semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN). Setiap aduan kami buat tiada tindakan diambil malahan segala pokok hiasan juga dibuang tidak menunjukkan pemandangan yang cantik tetapi memburukkan pemandangan.
Jika pelancaong datang disini sudah pasti mencemarkan nama baik malaysia, katanya ketika ditemubual dalam majlis pesta tanglung yang diadakan baru-baru ini bersama ADUN Gombak Setia .



Sementara itu, Pn Haslizah menyatakan, insya-allah segala aduan ini akan saya bawa ke MPS untuk tindakan sewajarnya. Segala laporan kerja akan saya berikan dalam mesyuarat khas bersama ADUN Gombak Setia bagi menangani masaalah tersebut dengan baik, katanya.




Editor : Khaulah Azwar

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...