Sri Gombak Fasa 8- Penduduk Tmn Sri Gombak terutamanya di fasa 8, sengsara kerana terpaksa berhadapan dengan serangan lalat sejak beberapa bulan yang lalu.
Menurutnya lagi, 2 1/2 thn pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) kawasan ini telah ditutup, dikawal dengan rapi. Kami sebagai penduduk disini merasa lega dan berpuas hati atas tindakan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR).
Namun sejak 2 bulan akhir ini kawasan pembuangan sampah haram ini berulang kembali. Saya tidak tahu siapakah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masaalah pembuangan sampah haram ini. Adakah tanah ini milik kerajaan ataupun persendirian sehingga mereka bermaharajalela untuk membuang sampah dikawasan tanah lapang ini, katanya.Saya juga telah banyak kali membuat aduan kepada pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk membuat pantauan, namun ia amat mengecewakan kerana seolah-olah aduan itu tidak diambil berat sedangkan ia bukan masaalah individu tetapi ia adalah masaalah masyarakat yang duduk disekitar kawasan ini.
Walaupun pemantaun telah dilakukan oleh MPS, tetapi saya tidak tahu setakat mana MPS membuat pantauan ini dengan ketat.Didapati lori keluar masuk kawasan ini menjalankan operasi pembuangan sampah 8:00pagi – 7 malam. Saya juga difahamkan bahawa terdapat beberapa lori yang sudah disita atas kesalahan mereka lakukan, namun ianya seperti tidak memberi kesan.
Memang tidak begitu selesa sekali dan sebelum ini kami pernah sakit mungin disebabkan lalat yang hinggap pada makanan, katanya.Masaalah yang timbul ini adalah berpunca daripada pembuangan sampah dikawan tanah persendirian yang terletak di fasa 8, gombak.
Saya amat berdukacita kerana bukan setakat gangguan lalat tetapi keadaan bunyi bising yang datang daripada laluan lori keluar masuk telah mengganggu ketenteraman kami disini.Dulu ia beroperasi 5 hari sahaja, tetapi sekarang setiap hari mereka beroperasi melakukan aktiti mereka. Terdapat setiap hari lebih daripada 5 lori yang telah memasuki kawasan ini.
Selain daripada diganggu lalat, peduduk juga berdepan dengan masaalah bau busuk terutamanya selepas hujan. Saya amat berharap pihak berkuasa harus mengambil tindakan dan melakukan pemantauan kembali agar aktiviti haram ini tidak terus berleluasa.
Tinjauan yang dilakukan kelmarin oleh YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap ADUN Gombak Setia bersama Kontraktor tanah dan Penguatkuasa MPS didapati bukan sahaja sampah sarap namun terdapat bahan-bahan konkrit, kayu ,sisa-sisa makanan dan lain-lain yang telah dibuang dikawasan tanah tersebut.
Sementara itu En Zailani juga melahirkan rasa terkilan kerana terdapat pemalsuan dokumen yang telah berlaku keatas tapak tanah miliknya. Katanya “Saya sudah terlalu penat turun naik tangga ke pejabat tanah namun ia amat mengecewakan kerana tiada jalan penyelesaian yang terbaik".
"Saya hantar dokumen saya dipejabat tanah tetapi pihak pengurusan menyatakan dokumen saya tiada. Jika ada, no tapak tanah saya telah bertukar nama. Disini telah berlakunya pemalsuan dokumen ” Bukan sahaja tapak tanah saya bermasaalah, tetapi terdapat juga orang lain yang mempunyai masaalah yang sama iaitu dengan berlakunya penindihan nama dan lain-lain".
Saya sebagai anak jati Gombak, mohon pihak berkuasa dan bertanggungjawab hal tanah pusaka ini harus membuat kerja dengan jujur, dan tulus. Mohon orang yang terlibat diambil tindakan sewajarnya. Saya juga telah membuat laporan isu ini kepada pihak polis namun tiada jawapan yang menggembirakan saya.Oleh itu saya amat berharap dibawah pimpinan Y.B Dato’ Dr Hasan sebagai ADUN Gombak Setia dapat menyelesaikan masaalah yang timbul.
Saya akui sebelum ini saya tidak pernah menghantar dokumen saya pada PKM ADUN Gombak Setia untuk buat siasatan, tetapi selepas ini insya-ALLAH saya akan hantar untuk pihak PKM ADUN Gombak Setia mengambil tindakan. Diharap pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mampu menyelesaikan masaalah pembuagan sampah, pemalsuan dokumen yang semakin berleluasa, katanya dengan nada kesal.
Sementara itu Pengurus PKM Sri Gombak T. W Kong berkata, pihaknya banyak menerima aduan tersebut. Saya sudah banyak kali buat pantauan kawasan ini, namun saya dapati pembuangan sampah ini memang sukar dibendungkan lagi. Saya bimbang akan memberi kesan yang buruk kepada penduduk sekitarnya, katanya.Wakil Penguatkauasa MPS, En Abdul Wahab telah mengesahkan bahawa bagi mereka yang terlibat dengan aktiviti tersebut telah di berikan kompaun.
Sementara itu, wakil pihak yang terbabit mengakui kerja-kerja yang dilakukan mereka telah mendapat kebenaran daripada pemilik tanah di kawasan itu sendiri dan masa yang sama hanya menunggu permohonan daripada pihak MPS.
Editor : Khaulah Azwar