Pages

Assalamualaikum w.b.t..Selamat Datang ke laman rasmi ADUN Gombak Setia (N17) Y.B Dr. Hasan Bin Mohamed Ali. Terima Kasih

Tuesday, September 28, 2010

Konvokesyen Program Pengajian Awam Syariah / Usuluddin



Shah Alam-Konvokesyen Program Pengajian Awam Syariah / Usuluddin yang telah diperkenalkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) dalam menyediakan program-program pentarbiahan yang berstruktur di masjid-masjid untuk memudahkan masyarakat mendapatkannya.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap ADUN Gombak Setia dengan menyampaikan sijil tersebut kepada pelajar yang telah berjaya menjalani pengajian tersebut.

Berkata Dato' Dr Hasan, "Ianya bermula sejak 2004 dengan Program Pengajian Awam Syariah dan Program Pengajian Awam Usuluddin sejak 2006. Progam yang melibatkan 31 buah masjid dan telah melahirkan seramai 200 graduan sejak ianya diperkenalkan kepada orang awam ni Negeri Selangor".
Tahun 2010, seramai 150 orang dari 13 buah masjid akan menerima anugerah sijil sebagai tanda pengiktirafan akademik, iaitu 70 untuk Sijil Pengajian Awam Syariah dan 80 orang untuk Sijil Pengajian Awam Usuluddin. Seramai 650 pula sedang mengikuti program ini di masjid-masjid yang berkenaan di seluruh Selangor.
Katanya lagi, "Saya rasa bangga di dalam menjana pentadbiran sebuah negeri yang maju, program ini berjaya dilaksanakan hasil kerjasama beberapa pihak yang rasa bertanggungjawab untuk memartabatkan pendidikan Islam yang berterusan khususnya kepada semua golongan di negeri ini".
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Pusat Pengajian Berterusan Universiti Malaya yang bekerjasama menghulur bantuan kepakaran dan tenaga. Terima kasih yang tidak terhingga juga buat semua pensyarah yang telah bersama menjayakan program ini".
Disini saya juga ingin mencadangkan supaya pengajian formal ini haruslah bertambah baik dari semasa ke semasa dan mendapat sambutan kepada semua lapisan maysarakat khususnya umat Islam dan bagi yang telah berjinak menganuti islam untuk mendalami pengajian Islam.

Insya-ALLAH, akan datang satu bengkel khusus akan diadakan membincangkan program persijilan untuk anak-anak kariah di Negeri Selangor, jelasnya dalam ucapan merasmikan program tersebut.




Editor : Khaulah Azwar

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...