Pages

Assalamualaikum w.b.t..Selamat Datang ke laman rasmi ADUN Gombak Setia (N17) Y.B Dr. Hasan Bin Mohamed Ali. Terima Kasih

Wednesday, September 29, 2010

Lesen Perniagaan akan ditamatkan, adakah pampasan diberi berbaloi??

Tmn Pinggiran Batu Caves, Gombak - Tinjaun oleh YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap ADUN Gombak Setia di kawasan tapak gerai makan Tmn Pinggiran Batu Caves baru-baru ini bagi mendengar masaalah dan pendapat penduduk mengenai penamatan sewa gerai yang akan dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
Hampir 50 buah kedai makan yang telah beroperasi selama 10thn hasil usaha titik peluh peniaga sendiri tanpa meminta bantuan mana-mana pihak untuk membina gerai tersebut akan ditamatkan lesen perniagaannya bagi membina gerai MPS.
Menurut En. Ramli Mispan , Unit Penswastaan Pengurusan Harta, MPS tujuan gerai tersebut ditamatkan lesen perniagaan dan dirobohkan adalah untuk menaiktaraf gerai tersebut yang lebih baik dari segi infrastruktur, ladskaping, menyediakan tempat duduk pengunjung dan kemudahan -kemudahan asas yang lain. Menjadikan kawasan pusat perniagaan yang lebih berkemajuan. Selain daripada itu untuk memberi keselesaan yang lebih baik kepada pemilik gerai, penyewa dan pengunjung.
Walaupun hanya disediakan 20 buah gerai, insya-allah pihak yang bertanggunngjawab akan memberi pampasan kepada 30 pemilik gerai yang lain.
Segala perancangan pembinaan gerai MPS sudah dirancang dan disetujui oleh unit perancangan bandar.
Di kawasan ini juga akan dibina stesen minyak petronas bagi kemudahan penduduk dan pengunjung, katanya.
Walaubagaimanapun semua pemilik gerai tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana bagi mereka ini dalah aset utama pendapatan mereka. Jika gerai tersebut diroboh dengan memberi pampasan yang tidak seberapa pasti akan memberi kesukaran kepada mereka.
Pn. Aminah Embong berkata "Jika benar gerai peninggalan arwah suaminya akan dirobohkan, beliau amat mengharapkan agar adakan 1 gerai untuknya kerana itulah satu-satu punca pencariannya selama ini untuk membesarkan anak-anaknya yang semuanya masih bersekolah".
Aminah merayu agar permohonan itu dapat dipertimbangkan sewajarnya, rintihan hati ibu tunggal kepada Y.B Dato'Dr Hasan dalam perbincangan yang telah diadakan.
Mogan a/l Ramusamy yang merupakan pemilik gerai tersebut menyatakan "saya protes 100% dengan pembinaan gerai MPS disini kerana banyak masaalah yang akan timbul. Dengan pembinaan stesen minyak petronas di kawasan gerai, ia akan memberi kesan buruk kepada keselamatan pengunjung dan pemilik gerai. Bimbang akan berlaku keracunan makanan, sekiranya berlaku kemalangan pasti merumitkan keadaan kami juga".

"Saya sudah berniaga disini sudah lama jika gerai saya dirobohkan adakah pasti saya diberikan sebuah gerai? Jika tidak diberi, sudah pasti hidup saya sekeluarga akan susah, katanya dengan kesal".
Setelah mendengar segala pendapat, cadangan dan bantahan penduduk, Dato' Dr Hasan berpendapat bahawa segala masaalah ini akan dibawa perbincangan kembali dengan pihak MPS, Pejabat Tanah, JKR dan sebagainya.

Setiap pembinaan insfrastruktur mahupun menaiktaraf perparitan dan apa sekali pekerjaan yang dilakukan hendaklah dilakukan dengan penelitian yang baik agar mendatang kebaikan semua pihak.
Jika semua pihak sudah mengenal pasti baik dan buruknya barulah ditentukan keputusannya. Walaubagaimanapun perbincangan yang diadakan bersama rakyat hari ini merupakan 1 perkara yang baik kerana luahan hati, pendapat, cadangan, bantahan penduduk dapat disuarakan.
Sekiranya tiada pertemuan sudah pasti hubungan 2 hala tiada antara pimpinan dan rakyat. Pemerintahan Kerajaan Pakatan rakyat (PR) dinegeri selangor mengamalkan negeri berkebajikan, jadi saya lebih suka mendengar pendapat semua pihak sebelum membuat sebarang keputusan, jelasnya.
Insya-allah saya akan berusaha untuk membantu menyelesaikan masaalah ini dengan sebaiknya.

Pihak yang bertanggungjawab juga sudah memberi jaminan akan memberi pampasan jika 30 orang peniaga tidak memperolehi gerai baru untuk mereka.
Segala masaalah ini akan dibawa ke mesyuarat khas bersama semua agensi yang terlibat dan kita akan adakan pertemuan dengan rakyat sekali lagi untuk memaklumkan keputusannya, samaada positif atau negatif, katanya.





Editor : Khaulah Azwar

2 comments:

SHAFIDA said...

Salam Dato',

Saya sebagai seorang penduduk di kawasan Pinggiran Batu Caves amat bersetuju dengan cadangan pihak MPS terhadap cadangan menaik tarafkan kawasan tersebut dan pembinaan satu stesen minyak. Ini perlu supaya kawasan tersebut tidak ketinggalan berbanding kawasan bersebelahan seperti bandar Sri Gombak yang pesat membangun. Tetapi nasib peniaga juga harus difikirkan dan disediakan tempat yang bersesuai dan membuat kajian kerana terdapat segelintir peniaga yg menyewakan kedai- kedai mereka kepada pihak yang ketiga.

Tidak ketinggalan juga pihak Dato' harus mencari penyelesaian terhadap masalah kesesakan lalulintas di kawasan atas bukit Sri Gombak ke pinggiran Batu Caves, kepadatan penduduk tidak seiring dengan pembesaran dan pelebaran jalan tersebut menyebabkan berlaku kesesakan yang amat teruk semasa waktu puncak.

Yb. Dato' Dr. Hasan Mohamed Ali said...

Terima kasih atas pandangan dan cadangan, untuk pengetahuan tuan perkara tersebut telah diambil perhatian dan tindakan, insya-ALLAH.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...