Pages

Assalamualaikum w.b.t..Selamat Datang ke laman rasmi ADUN Gombak Setia (N17) Y.B Dr. Hasan Bin Mohamed Ali. Terima Kasih

Sunday, September 26, 2010

Penduduk kg Changkat Gembira menikmati jalan yang selesa

Gombak - Masaalah Jalan berlubang, tidak sekata sekitar Lorong Kg Changkat Gombak semenjak 30thn dibina, menjadi kebimbangan kepada penduduk sekitarnya.

Walaupun kerap diberikan aduan semasa pemerintahan kerajaaan dahulu untuk diambil tindakan namun menjadi 1 kekecewaan kepada penduduk yang melalui lorong tersebut.
Ketua Kg Changkat Zainal Abdidin berkata, ia berlaku kerana jalan berkenaan sering dilalui oleh kenderaan awam yang berat dan jalan lorong ini juga dilalui pengguna jalan kaki dan motorsikal.

Katanya lagi, sekiranya lorong jalan kawasan tersebut tidak dibaiki lebih awal, dibimbangkan akan menjadi makin lebih teruk.
Permukaan Jalan sebelum ini amat teruk kadangkala pengguna yang melalui lorong tersebut mengalami kemalangan kerana permukaan jalan tersebut berlubang, tidak ditarkan dan dinaiktaraf.
Lebih-lebih lagi apabila pengguna melalui kawasan tersebut sebelah malam. Yang menjadi rumit apabila musim hujan, penduduk sekitarnya ditimpa banjir dan kadangkala pengguna jalan kaki mengalami kecederaan akibat tersangkut di tempat kawasan yang berlubang dan ditakungi air .

Alhamdulilah setelah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah kini, segala masaalah kerisauan yang ditanggung oleh penduduk sekitarnya telah terubat apabila aduan tersebut yang telah di hantarkan kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Gombak Setia mendapat perhatian yang wajar.

Tindakan tersebut telah diambil tindakan dengan tinjaun turun padang oleh Y.B Dato' Dr Hasan B. Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Gombak Setia. Kerja-kerja menaiktaraf tersebut telah dijalankan pada bulan Julai, 2010, katanya.

Dato' Dr Hasan berkata, alhamdulilah kerja-kerja menaiktaraf dari segi infrastruktur jalanraya, perparitan setelah turun padang dengan kerjasama agensi-agensi terlibat seperti Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Tanah telah memudahkan segala urusan walaupun mengambil masa 2 bulan. Ini adalah disebabkan untuk membuat penilitian yang baik agar ia mendatangkan hasil yang cukup sempurna dan memberi kepuasan dan khidmat kepada masyarakat.
Untuk membaiki jalan raya, perparitan ini perlu mengambil masa juga bagi meniliti sudut struktur jalanraya, perparitan dan sebagainya. Kita tidak boleh membuat kerja terburu-buru dan hasilnya tidak mendatangkan kualiti yang baik. Apa sekali kerja yang hendak kita lakukan biarlah mendatangkan kualiti 100% dan memberi kebaikan dan kepuasan kepada rakyat.

Insya-ALLAH segala aduan yang dibawa ke PKM akan diambil perhatian dan tindakan selanjutnya dengan mendapat kerjasama semua pihak, katanya.



Editor : Khaulah Azwar

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...