Pages

Assalamualaikum w.b.t..Selamat Datang ke laman rasmi ADUN Gombak Setia (N17) Y.B Dr. Hasan Bin Mohamed Ali. Terima Kasih

Wednesday, September 15, 2010

DOAKAN IBU SAYA SELAMAT "Lawatan Ziarah Keluarga Dato' Sosilawati"


Tmn Harmonis, Gombak – “Doakan agar ibu saya selamat” inilah rintihan hati anak-anak marhummah Dato’ Sosilawati dengan nada sayu setibanya kedatangan Y.B Dato’ Dr Hasan B. Mohamed Ali, Pesuruhanjaya PAS merangkap ADUN Gombak Setia bersama pengiring-pengiringnya di perkerangan kediaman marhummah disini pagi semalam.
Terasa suasana pilu menyelubungi rumah tersebut. Jelas kelihatan kesayuan di wajah anak-anak serta saudara - mara dan jiran tertangga mereka yang sukar di terima keatas musibah yang menimpa.
Tragedis begitu menyayat hati yang telah berlaku keatas marhummah bersama 3 yang lain sukar untuk diterima oleh seluruh rakyat Malaysia lebih–lebih lagi kepada ahli keluarga dan saudara-mara mereka yang terlibat.

Y.B Dato’ Hasan melahirkan rasa simpati dan kesal diatas perbuatan yang dilakukan oleh penjenayah yang tidak bertanggungjawab dan perikamanusiaan.
Harapan Dato’ Hasan “Peristiwa yang menyayat hati ini telah memberi kesedaran kepada semua rakyat dan diharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan secara professional dan sewajarnya keatas semua yang terlibat”.
Peristiwa Ngeri yang berlaku ini telah diterangkan sendiri oleh En. Bukhari (Bekas suami marhummah) secara terperinci kepada saya, katanya.
Selain daripada itu, En. Bukhari juga menjelaskan bahawa pihak polis telah menjumpai beberapa bahan bukti terbaru. Sampel ujian DNA juga telah diambil kepada semua waris untuk tujuan pengesahan.

Wakil keluarga marhummah berharap agar mana-mana pihak tidak akan membuat sebarang spekulasi keatas peristiwa yang berlaku selagi tidak mendapat pengesahan jawapan yang sahih daripada pihak berkuasa.
Saya bersama teman-teman yang hadir ingin mengucapkan ucapan takziah, dan benar-benar rasa simpati ketas ahli keluarga marhummah, dan 3 lain yang terlibat.
Alhamdulilah, kehadiran saya bersama teman-teman PAS Kawasan Gombak, Ustazah Khatifah Zamani Sulong, Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Zon 11 Gombak, ketua – ketua Kg., nazir masjid kawasan Gombak sempat mengadakan bacaan tahlil dan doa selamat semoga marhummah Dato’ Sosilawati dan 3 yang terlibat ditempatkan dalam golongan yang beriman.
Sementara itu, Hasan juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga, saudara - mara marhummah yang sudi meluangkan masa kepada rombongan kami dengan begitu sempurna dan amat baik sekali.
Harapan saya semoga ahli keluarga Dato’ Sosilawati dapat bersabar dengan ujian yang melanda. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri, katanya.



KOLEKSI FOTO



Kesibukan reporter membuat temubual Y.B Dato' Dr Hasan Ali

Doa dan tahlil dihulurkan semoga marhummah dan semua mangsa terlibat ditempat dalam golongan yang beriman, Al-Fateha...
YB DHMA menenangkan hati bekas suami marhummah En Bukhari.
YB DHMA Bertemu dengan ahli keluarga Marhummah
Ya-ALLAH tempatkanlah marhummah dan semua mangsa terlibat didalam golongan beriman, ampunilah mereka, kuatkan hati semua ahli keluarga mereka yang terlibat dalam menghadapi ujian ini.
YB DHMA diiringi oleh kaum keluarga dan saudara mara marhummah melihat foto marhummah bersama ahli keluarga yang tinggal kenangan.
Juadah di hidang oleh ahli keluarga untuk tetamu kehormat. Terima kasih kepada semua ahli keluarga marhummah yang beri layanan yang cukup sempurna.
Mendengar cerita daripada bekas suami marhummah secara terperinci diatas musibah yang melanda.
Takziah daripada saya untuk anda sekeluarga

Kenangan bersama Datin Sabariah isteri ADUN Gombak Setia
Kenangan ADUN bersama semua muslimat PAS Kawasan Gombak yang menizarahi keluarga marhummah.




Editor :Khaulah Azwar

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...