Pages

Assalamualaikum w.b.t..Selamat Datang ke laman rasmi ADUN Gombak Setia (N17) Y.B Dr. Hasan Bin Mohamed Ali. Terima Kasih

Friday, October 29, 2010

Sistem Demokrasi di mandulkan oleh UMNO/BN

Shah Alam -Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor melancarkan program Fasa ke 2 Pendemokrasian Rakyat Selangor bagi memperkukuhkan lagi keanggotaan (PR) selain meningkatkan pendaftaran pemilih baru.

Pelancaran program diadakan di Bangunan Jubli Perak, Shah Alam dan diaktifkan di seluruh negara yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia.

Turut hadir dalam pelancaran tersebut Sekratariat Program Pendemokrasian rakyat (Analisa Gerakkerja Operasi Pendemokrasian Rakyat & Takllimat Operasi Fasa Kedua), Ust. Abd Halim Abd Rahman Ahli Parlimen Pangkalan Chepa, Y.B tuan Tan Kok Wai Ahli Parlimen Segambut, Y.B Tuan Saifuddin Nasution Ahli Parlimen Machang.
Misi diadakan program ini adalah untuk meletakkan satu fokus dan suasana kerja kefahaman diperingkat akar umbi seluruh negeri.
Dalam perutusanya, Y.B Dato' Dr Hasan menyeru agar semua petugas dan ahli PAS, PKR, DAP agar bangun daripada lamunan dan teruskan gerak kerja daripada sekarang yang berkemungkinan besar PRU ke 13 akan diadakan pada Jun, 2011.
Ujarnya lagi "Program ini akan berjalan sepanjang tahun dan ditetapkan lapan minggu bagi proses pendaftaran pemilih baru dan setiap mereka yang bertugas perlu bertemu dengan penduduk setempat mengikut cawangan atau kawasan masing-masing, ini bagi memastikan penduduk setempat yang berkelayakan telah berdaftar sebagai pemilih".
Katanya lagi "didapati parti (PR) terutamanya di Negeri Selangor telah kehadapan dengan peratus tertinggi dalam membuat kerja pendaftar pemilih. Semoga kerja-kerja ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa agar kemenangan pada (PR) akan terus berkekalan untuk menerajui negeri ini dengan sebaiknya".
"PRU ke 13 adalah merupakan pilihan raya yang amat penting, oleh itu kita semualah bertanggungjawab untuk memastikan kemenangan ini agar hasrat untuk mengambil Putrajaya akan tercapai demi membantu rakyat dinegeri selangor ini khususnya".
Beliau juga meminta semua peringkat pimpinan sentiasa bekerja keras dengan melakukan berbagai aktiviti untuk bertemu rakyat.
Pertemuan ini bukan dilakukan pada saat pilihan raya sahaja tetapi setiap waktu agar rakyat nampak peranan dan tanggungjawab yang dijalankan oleh saf pimpinan dan semua petugas (PR), ulasnya.
Semua aktiviti di UPU/cawangan setiap DUN perlu dirancang ke arah pendaftaran pemilih baru atau pengundi muda. Mohon Maklumat Isi Rumah (MIR) dilengkapkan dengan sempurna.

Dato' Dr Hasan juga telah membuka minda kepada semua yang hadir dalam majlis program tersebut bahawa sejak lebih 50 tahun terdapat sebilangan rakyat masih kabur memahami prinsip-prinsip demokrasi dan perjuangan politik.
Ini terbukti di Negeri Selangor sahaja seramai 700’000 rakyat yang layak mengundi belum lagi mendaftar sebagai pemilih. Orang Melayu merupakan golongan yang agak rendah kesedaran politik dan fahaman demokrasi.
Sebab punca berlakunya buta kefahaman ini adalah disebabkan oleh UMNO/BN. UMNO /BN harus bertanggungjawab diatas kejadian ini kerana mereka telah menjadikan rakyat mandul pengetahuan dan tindakan terhadap demokrasi dan politik. Sebahagiannya paham politik tetapi kabur tentang demokrasi.
Sebahagiannya pula faham demokrasi tapi tidak matang dalam politik. Terdapat segolongan rakyat yang kabur kedua-duanya sekali.
Oleh itu untuk mengubati penyakit kemandulan demokrasi ini, pemerintahan Kerajaan (PR) akan cuba membantu rakyat supaya dapat menguasai kedua-duanya iaitu demokrasi dan politik , katanya.
Dato' Dr Hasan menyatakan bahawa usaha yang dijalankan bukan sahaja untuk keuntungan generasi kini malah untuk menentukan anak bangsa dan generasi akan datang hidup dalam persekitaran kesaksamaan, keadilan dan kesejahteraan berpaksikan kepada amalan demokrasi dan gerak kerja politik yang membina.
Beliau dan semua saf pimpinan di akar umbi menyeru supaya semua yang terlibat menggunakan kesempatan yang ada bagi mengerah tenaga untuk membuat daftar pemilih seramai mungkin dalam rangka memanjangkan usia pentadbiran (PR) di Negeri Selangor ujarnya dalam ucapan perasmian Sistem Pendemokrasi Fasa ke 2 di sini petang semalam.





Editor : Khaulah Azwar

Wednesday, October 27, 2010

RM118,500.00 Peruntukkan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Fasa ke 2

Tmn Berjaya Gombak- Bagi membuktikan kebenaran menyatakan negeri dibawah Pakatan Rakyat (PR) mengamalkan konsep negeri berkebajikan seperti yang telah diperjuangkan saf pimpinan (PR) dalam manesfesto PRU ke 12 yang lalu terutamanya di negeri selangor untuk membantu rakyat maka satu majlis rasmi telah diadakan dengan menyampaikan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada semua pewaris yang telah meninggal dunia bagi fasa kedua.
Majlis tersebut telah diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia baru-baru ini yang telah dirasmikan oleh Y.B Amirudin Shari, ADUN Batu Caves.
Seramai 79 orang telah menerima sumbangan RM1500 seorang dengan memperuntukkan sebanyak RM118,500.00.
Amirudin berkata, Tujuan manfaat ini diberikan adalah membantu keluarga ahli yang meninggal dunia dalam urusan-urusan yang berkaitan seperti menyelesaikan bayaran keseluruhan/sebahagian kos pengebumian, menyelesaikan hutang dan sebagainya.
Dalam perutusannya, atas keperihatinan oleh Kerajaan (PR) kepada seluruh rakyat di negeri selangor tidak mengira bangsa agama mahupun pemahaman politik yang berbeza, kerajaan negeri (PR) akan memastikan seluruh rakyatnya akan mendapat penghargaan sewajarnya.
Bagi skim (SMUE) kerajaan negeri sedang berusaha memastikan beberapa penambahan baikkan setiap individu yang didaftarkan dibawah skim (SMUE) akan mendapat faedah ketika mereka masih hidup.
Kerajaan Negeri (PR) sedang berusaha mendapatkan beberapa faedah bagi membantu rakyat untuk menampung kos perubatan dan sebagainya. Imbuhan faedah ini akan disalurkan kepada rakyat di negeri selangor dalam tempoh masa terdekat ini, katanya.
Sementara itu, En Kamsani Nasir, Ketua Pegawai Rantaian Mesra Sdn Bhd telah menyampaikan beberapa taklimat mengenai Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Sumbangan IPT dan lain-lain.
Katanya, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM 20.2 juta untuk Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS). Anak-anak yang dilahirkan dinegeri selangor akan menerima hadiah tabung simpanan sebanyak RM100.00. Pada usia 18thn anak-anak ini berpeluang menerima sebanyak RM1,500.00 seorang, hasil pelaburan dalam TAWAS.
Manakala bantuan Hadiah Anak Masuk IPT RM1000.00 bagi membantu keluarga berpendapatan RM1500.00 ke bawah diberikan kepada rakyat selangor yang berkelayakkan.
Dalam pada masa yang sama beliau juga telah membuka minda semua yang hadir dalam majlis (SMUE) mengenai pemberian Bekalan Air Percuma Bagi 20 meter padu pertama kepada pengguna domestik yang bermeter individu setiap bulan yang telah dilaksanakan bermula 1 Jun, 2008, tetapi pihak syabas telah menupulasikan isu air ini dengan memberi tekanan kepada rakyat dengan cara penekanan air yang terlalu rendah dibeberapa kawasan dinegeri selangor khususnya.
Walaubagaimanapun kerajaan negeri (PR) sedaya upaya akan mempertahankan isu air ini dengan sebaiknya untuk membantu rakyat agar syabas tidak mengambil tindakan dengan sewenang-wenangnya, ujarnyanya.
Rajambal a/p Sini Wasagam yang telah menerima sumbangan (SMUE )melahirkan rasa terharu kerana menerima sumbangan tersebut setelah kematian suaminya. Katanya, walaupun suami beliau sudah tiada lagi, dengan sumbangan diberikan oleh kerajaan negeri pada saya dapat meringankan bebanan saya untuk membayar bil air, elektrik yang sudah tertunggak. Beliau yang sudah berusia tidak mampu lagi bekerja keras kerana kesihatan kurang memuaskan. Kini beliau hidup bersama anaknya.
Thiagarajah a/l Veeriah menyatakan bahawa amat berbeza pemerintahan pentadbiran kerajaan (PR) dan Barisan Nasional (BN). Kerajaan (PR) benar-benar mengamalkan konsep negeri berkebajikan dengan menyampaikan berbagai sumbangan kepada rakyat yang susah tidak kira agama walaupun pemahaman politik yang berbeza.

Malahan rakyat selangor juga telah menikmati berbagai faedah yang diberikan oleh Kerajaan negeri.
Ini amat berbeza sama sekali semasa pemerintahan kerajaan UMNO/BN selama 50thn memerintah kita tidak rasa faedah yang sediakan. Dimanakan duit tersebut??
Walaupun kini UMNO/BN mengamalkan konsep 1 malaysia rakyat didahulukan. Tetapi rakyat tidak nampak apakah konsep tersebut, yang kita nampak adalah banyak berlaku pembaziran wang sehingga rakyat menangung berbagai risiko dengan kenaikan harga barang dan lain-lain lagi ujarnya.
Harapan saya semoga PRU ke 13 akan datang, rakyat akan terus memilih (PR) kalau tidak kita semua akan mengalami kesusahan dan sudah pasti tiada lagi negeri berkebajikan tetapi yang ada adalah rakyat akan dibebankan dengan berbagai masaalah yang akan dilakukan oleh UMNO/BN.



Editor :khaulah azwar

Kilang Perabot Hiasan Musnah sekelip mata

Jln 4 Kg. Kerdas Gombak - Terkilan apabila kilang perabot yang telah diusahakan 10thn yang lalu kini terbakar hangus dengan sekelip mata.
Ahmad Zathul merupakan pemilik kilang hiasan perabot tersebut mengalami kerugian sebanyak RM100,000 lebih. Katanya, "Semenjak Kilang saya beroperasi disini selama 10thn tidak pernah lagi berlaku kebakaran".
"Terdapat perabot -perabot hiasan yang telahpun siap dibuat hendak dihantar pada pemilik yang telah membuat bayaran duit muka juga telah musnah. Walaubagaimanapun saya akan bertemu dengan pembeli untuk menjelaskan perkara ini. Diharap mereka memahami masaalah saya dan beberapa pemilik kilang disini juga yang telah banyak mengalami kerugian".
Punca kebakaran yang berlaku jam 2.30 ptg kelmarin tidak saya ketahui kerana ketika kejadian adalah cuti hujung minggu. Alhamdulilah kakitangan saya dan pemilik kilang lain juga tiada disini jika tidak sudah pasti akan melibatkan kehilangan nyawa, katanya.

YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia telah turun padang melawat tempat kejadian baru-baru ini melahirkan rasa simpati kepada semua pemilik kilang yang terbabit.

Beliau bersama rombongannya telah melawat diseluruh kawasan tersebut untuk melihat kemalangan yang berlaku.

Y.b Dato' Hasan telah menyampaikan sumbangan ikhlas kepada pemilik kilang tersebut bagi meringankan bebanan mereka. Semoga bantuan diberi dapat membantu semua pemilik kedai perabot yang terlibat dalam kejadian ini.



Editor : Khaulah Azwar

Monday, October 25, 2010

Hasrat ingin jadikan masjid sebagai university rakyat

K.Selangor - Program Pemerkasaan Institut Keluarga dengan mengadakan berbagai program seperti Wacana pemimpin tempatan, motivasi ibubapa dan guru cemerlang, forum hal ehwal Islam dan lain-lain program telah mendapat sambutan yang amat baik diseluruh kawasan k.selangor kelmarin.
Program Mendekati Rakyat (PMR) yang dianjurkan oleh YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melebihi 3000 kehadiran pengunjung.
PMR telah dirasmikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, MB Selangor dengan mengadakan solat fardhu maghrib berjemaah bersama rakyat.
Selain daripada itu, program Forum Hal Ehwal Islam yang diadakan telah dihadiri oleh ahli-ahli panel-panel profesional seperti Dr Zulkifli Mohamad Albakri, Ustaz Haslin B. Baharin, Ustaz Zulkarnain Hamzah dan Ustaz Halim Din.
Forum tersebut telah diisi dengan pengisian yang menyentuh relevan atau tidak dibincangkan hal isntitusi keluarga pada masa kini, bilangan peratus penceraian yang semakin meningkat, kegagalan mendirikan rumahtangga sakinah, punca penceraian dan lain-lain.
Forum tersebut juga telah membuka minda rakyat yang hadir mengenai pendidikan ibubapa kepada ana-anak dalam mendalami ilmu dunia dan akhirat bagi mengenali penciptaNya, peranan dan tanggungjawab ibubapa kepada anak-anak, tips rumah tangga yang mendapat kerberkatan oleh Allah swt dan sebagainya.
Berkata Y. B Dato' Dr Hasan "sepanjang program (PMR) diadakan yang bermula daripada solat jumaat sehingga qiammulail didapati penduduk dan rakyat sekitar k.selangor telah memberi komitment yang sangat tinggi".
"Diluar jangkaan saya kerana kehadiran yang melebihi 3000 pengunjung sehingga qiammualail ini diadakan".
"Saya juga difahamkan kehadiran bukan setakat penduduk K.Selangor sahaja yang mengimarahkan program ini tetapi diluar kawasan K.Selangor juga turut hadir bersama ahli keluarga mereka", katanya.
Penduduk disini juga telah mengadakan gotong - royong dengan menumbangkan beberapa ekor lembu sebagai juadah kepada pengunjung yang hadir.
Disini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung dan rakyat sekitar kuala selangor, pihak urusetia, jawatankuasa masjid, (JAIS), pihak sekolah dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan memberi kerjasama bagi menjayakan program ini. Semoga program yang murni ini mendapat keberkatan Allah swt.
Alhamdulilah Program Qiammulail yang dihidupkan dengan zikir-zikir munajat telah menyentuh hati kepada yang mendengar. Semoga titisan air mata yang mengalir adalah tangisan air mata taubat nasuha dengan menyesali kesilapan-kesilapan yang kita lakukan tanpa disedari sebagai hamba.
Selepas solat subuh, program ini juga telah disini dengan pengisian Tazkirah yang disampaikan oleh saya sendiri mengenai "ibubapa & anak : Formula keluarga Mithali".

Sepanjang program ini diadakan pihak penganjur juga telah menyediakan kediaman sebanyak 30 buah khemah, sekolah dan masjid juga dibuka untuk kediaman semua pengunjung yang hadir untuk menunaikan solat hajat. Alhamdulilah tiada masaalah kediaman dan saya sendiri juga turut tidur bermalam dirumah penduduk kg disini, ujarnya.
Y.b Dato' Hasan melahirkan kesyukurannya kerana program imarahkan majlis-majlis ilmu dimasjid atau disurau telah hidup terutamanya dinegeri selangor semenjak dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).
Beliau juga berazam dan berhasrat untuk menjadikan masjid sebagai University Rakyat dan taman-taman syurga, dimana rumah allah ini mendapat kunjungan ramai oleh umat islam, ujarnya dalam majlis penutup program Hal Ehwan Islam.
Bagi memeriahkan suasana program (PMR), majlis tersebut diadakan dengan menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin, orang kurang upaya (OKU). Seramai 11 orang yang telah menerima sumbangan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang telah disempurnakan oleh Y. B Dato' Dr Hasan.
Pn Siti Fatona Hj Yasni, 45thn telah menerima sumbangan daripada LZS sebanyak RM38,000.00 untuk membina rumah baru. Beliau sekeluarga yang telah ditimpa musibah dengan kehilangan kediaman akibat kebakaran baru-baru ini.
Suami beliau Selamat B. Atiman yang mengalami sakit buah pinggang semenjak tahun 2005 lagi tidak mampu bekerja keras kerana beliau sedang membuat rawatan dialisis. Kini taggungjawab untuk mendapat rezeki yang halal terletak dibahu Siti Fatona bagi meneruskan kehidupan dan membiayai pelajaran anak-anaknya seramai 4 orang yang semakin membesar.
Siti Fatona dan suaminya melahirkan rasa terharu diatas sumbangan yang diberikan oleh LZS dengan keperihatinan Kerajaan Negeri (PR) yang telah memilih beliau sebagai asnaf. Beliau melahirkan kesyukurannya kerana ketika beliau sekeluarga ditimpa musibah masih ada yang sudi menghulurkan bantuan.
"Alhamdulilah semoga sumbangan yang saya terima ini dapat membantu saya dan keluarga membina rumah baru dan membeli barang keperluan harian dan anak-anak" katanya.
Sementara itu, En Tasmin bin Partonjo merupakan salah seorang OKU telah menerima sumbangan merasa hiba kerana beliau yang telah mengalami kemalangan semenjak 4thn yang lalu kini tidak mampu bekerja. Isteri beliau banyak membantu dengan mengorbankan masa, membanting tulang dan memerahkan keringatnya dengan bekerja keras untuk mendapatkan rezeki yang diberkati.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak LZS dan kerajaan negeri yang telah mengamalkan konsep negeri berkebajikan kerana telah memilih saya sebagai penerima zakat. Semoga Allah swt yang selayaknya membalasnya, ujarnya dengan perasaan hiba di masjid Ar-Rahman Bukit Badong disini.


Khaulah Azwar







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...