Pages

Assalamualaikum w.b.t..Selamat Datang ke laman rasmi ADUN Gombak Setia (N17) Y.B Dr. Hasan Bin Mohamed Ali. Terima Kasih

Tuesday, August 10, 2010

Sikap Lepas Tangan Di Selar

Gombak - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Y. B Dato’ Dr Hasan B. Mohamed Ali melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan sikap pemaju projek rumah kos rendah (RKR) Tmn Selasih Fasa 1 kerana mereka mengambil sikap sambil lewa dan kurang memberi kerjasama dalam menyiapkan projek tersebut. Projek tersebut telah terbengkalai 2 tahun lebih walaupun telah diberi peluang masa untuk menyiapkannya.

Dato' Dr Hasan berkata, pihak pemaju tidak begitu serius untuk memberi kerjasama dalam menangani masaalah tersebut. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah memberi notis mesyuarat dan meminta menghadirkan diri untuk melawat tapak projek berkenaan tetapi mereka gagal menghadirkan diri.

Tujuan memanggil pihak pemaju adalah untuk mengetahui status kedudukan rumah tersebut yang kini sudah 2 tahun lebih terbengkalai. Hanya tinggal 33 orang lagi pemilik rumah yang sepatutnya telah mendapat kunci rumah tetapi masih kini tiada jawapan.

Hanya kelihatan bangunan kosong yang tidak seindah digambarkan. Pemilik rumah yang melihat keadaan ini sudah pasti merasa kecewa dan menghadapi berbagai tekanan kerana mereka terpaksa menyewa rumah lain apabila pampasan sewa tidak dibayar lagi sejak 2 tahun yang lalu.

Dato' Dr Hasan memberi amaran bahawa jika pihak pemaju masih tidak memberi perhatian keatas pemasalahan ini beliau akan mengarahkan MPS mengambil tindakan termasuk mengkaji semula terma-terma perjanjian yang telah ditandatangani, katanya.

Editor : Khaulah Azwar

1 comments:

Muhammad said...

Salam Dato YB
Apa dah jadi dengan Mahaad Intergerasi Teknologi dan Sains Klang, Kg Jawa. Seperti yg Dato war2kan Dato ingin melahirkan rakyat Selangor iaitu Jurutera Tahfidz, Doktor Tahfidz, Accountant Tahfidz dan macam2 lagi professional Tahfidz, agak malang pencapaian akademik peperiksaan pelajar2 baru2 ini agak tidak memuaskan. Pelajar2 dipilih dpd mereka yg cerdik2 tetapi pencapaian keseluruhan tidak memuaskan terutama mata pelajaran English dan lain2 secara umumnya.
Terdapat guru2 yang kurang berpengalaman yang tidak sepatutnya berlaku seperti yang dijanjikan oleh pihak2 tertentu seawal hari pertama pendaftaran pelajar. Harap Dato dapat memantau sekolah ini kerana mereka adalah anak2 yg cermerlang ketika disekolah rendah.Jangan sia-siakan anak2 yang terpilih ini. Saya tiada tempat untuk mengadu kerana pihak sekolah seperti tidak pro aktif. Apabila diajukan masalah ini pihak sekolah hanya menjawab "JANGAN BIMBANG".ibubapa mana yg tidak bimbang, mohon Dato dapat berbuat sesuatu.
Mohom kemaafan sekiranya ada perkatan yg menyinggung.
Terima kasih Dato.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...