Shah Alam - Membantu rakyat yang kurang upaya, fakir miskin dan
anak yatim piatu dalam bulan yang penuh keberkatan saat-saat tibanya hampir
bulan ramadhan amatlah digalakkan kepada semua ummat ISLAM untuk mendapat ganjaran pahala
yang akan diberi oleh ALLAH swt .
Oleh itu Perhubungan PAS Negeri Selangor telah mengambil inisatif untuk membantu seluruh rakyat selangor mengikut kawasan dengan mengadakan Program Hi-Tea bersama Y.B Dato' Dr Hasan Mohamed Ali, Pesuruhanjaya PAS Selangor /Exco Kerajaan Negeri Selangor, Y.B Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin AJK PAS Pusat / Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak.
Hasan berkata, "Program bersama rakyat ini harus dilaksanakan daripada semasa kesemasa tanpa mengira parti bangsa dan agama.
Dengan mengadakan program Hi-tea bersama rakyat pada hari ini sekurang-kurangnya mereka yang kurang berkemampuan dapat merasai nikmat yang ALLAH swt berikan di negeri selangor ini. Selain daripada itu, rakyat tidak rasa terasing untuk bersama pimpinan.
Menurutnya lagi, Hasan lebih suka jika rakyat sentiasa mengikuti program bersama pimpinan yang telah diaturkan dengan baik agar mereka tidak ketinggalan dengan berbagai informasi terkini mengenai isu -isu semasa yang berlaku dinegeri selangor. Pihak pimpinan negeri akan menjawab segala persoalan yang dimainkan oleh UMNO/BN untuk menjtuhkan negeri Pakatann Rakyat (PR) melalui mediamasa yang telah majoritinya telah dimanopoli oleh UMNO/BN.
Rakyat dinegeri selangor juga akan mengetahui faedah-faedah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor setelah 2thn lebih Pakatan Rakyat (PR) memerintah .
Tetapi jika mereka tidak mengambil inisatif untuk mendapatkan informasi dan perkembangan pentadbiran (PR) ini amat merugikan mereka sendiri, katanya.
Beliau amat berharap agar semua pucuk pimpinan dan ahli jemaah PAS haruslah berusaha melakukan tugasan dengan jujur, ikhlas kerana ALLAH swt semata-mata dengan penuh istiqama untuk membatu perjuangan ISLAM. Sentiasa mendekati rakyat agar mereka tidak merasa tersisih. Parti PAS terbuka kepada semua kaum.
Hanya parti PAS yang membawa mesej ISLAMIAH dengan berpandukan Al-Quran dan Al-Sunah untuk menyampaikan dakwah kepada semua ummat ISLAM dan semoga dakwah ini juga akan tersebar kepada non muslim untuk mendalam kecantikan pentadbiran ISLAM yang syumul.
Katanya lagi, PAS harus menjuarai dalam semua aspek seperti termasuk juara dalam ibadah kepada ALLAH swt, pengurusan pentadbiran, juara dalam mendahalui pengurusan daftar pemilih (SPR), juara mendekati rakyat dengan membantu meyeleraikan segala masalah rakyat dengan sebaiknya.
Beliau juga melahirkan kesyukurannya dan tahniah atas usaha pihak pengurusan Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Selangor dengan bertungkus lumus mengadakan Hi-tea bersama rakyat.
Semoga usaha yang murni ini dapat membantu rakyat yang benar-benar dalam kesusahan. Bantuan diberi bukan setakat untuk ketibaan bulan Ramadhan sahaja tetapi pada bila-bila masa sahaja,
katanya dalam merasmikan pelancaran tabung ehsan ummah selangor baru-baru ini di Dewan Banquet, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Majlis tersebut telah dimeriahkan dengan tetamu undangan daripada Juara Akedemi Nasyid Azhan Atan untuk menghiburkan semua yang hadir dalam majlis tersebut.
Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Negeri Selangor, Ustazah Maryam Abd Rashid berkata ”Alhamdulilah program Hi-Tea yang telah dirancangkan bersama AJK PAS Perhubungan Negeri Selagor telah mendapat kerjsama semua pihak.
Tujuan utama pihak kami mengadakan Hi-Tea adalah untuk melancarkan Tabung Ehsan Ummah khusus untuk seluruh rakyat negeri Selangor.
Harapan saya, dengan tubuhnya Persatuan Kebajikan Ehsan Ummah Selangor (PAKES) misi dan visi kami untuk meringankan bebanan rakyat Selangor akan tercapai.
Alhamdulilah, hasil pelancaran tabung dana yang telah dilancarkan hari ini telah mengumpul sebanyak RM4,125 dan dana ini akan terus terbuka sampai bila-bila untuk mengumpul sebanyaknya.
Insya-allah pihak pengurusan kami akan mengagihkan kepada rakyat yang benar-benar kesusahan samaada golongan anak yatim piatu, fakir miskin, ibu tunggal dan golongan orang upaya (OKU).
Bulan Ramadhan yang hampir tiba, PAS Negeri Selangor akan mengadakan 1 program “Jelajah Ummah” dengan memberi bantuan kepada rakyat.
Turut hadir bagi menyerikan majlis Hi-tea daripada para pelajar Sek. Agama Asrama Anak Yatim Piatu Paya Jaras Sg Buloh, golongan Ibu miskin mengikut kawasan negeri selangor dengan memberi sumbangan untuk menyambut ketibaan bulan ramadhan.
Semoga dengan bantuan yang diberi dapat membantu meringankan bebanan mereka, katanya.
Editor : Khaulah Azwar
0 comments:
Post a Comment