Pages

Assalamualaikum w.b.t..Selamat Datang ke laman rasmi ADUN Gombak Setia (N17) Y.B Dr. Hasan Bin Mohamed Ali. Terima Kasih

Sunday, November 7, 2010

Terima Bantuan daripada ADUN untuk mulakan kehidupan

Tmn Berjaya Gombak- Selagi masih hidup, akan sedaya upaya untuk mencari rezeki dengan mendapatkan pendatan sumber yang halal dan diberikati ALLAH. Walaupun diuji dengan kesakitan namun ia bukan menjadi ukuran untuk tidak mahu bekerja dan hanya menyerahkan takdir ALLAH semata-mata.

Tanpa mengenal erti penat walaupun bekerja dibawah pancaran matahari yang terik dengan hanya mengambil upah memotong rumput yang tidak tentu masa namun baginya adalah tanggungjawabnya sebagai seorang suami mendapatkan pendapatan untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya yang menetap di Kg Changkat, Gombak.
Yahya Mohd Ali, 51thn merupakan golongan asnaf fakir miskin yang tidak mempunyai pendapatan tetap bagi meneruskan kehidupun. Beliau juga mengalami sakit mental, mendapat rawatan saintifik dan tradisional secara berterusan.

Dengan kesempitan kehidupan yang dialaminya, Yahya dan isterinya berhasrat untuk menukar kehidupan yang lebih baik dengan memulakan perniagaan nasi lemak. Mereka yakin dengan membuat perniagaan akan diberikan pendapat yang lebih baik sekurang-kurangnya tidak hanya menyerahkan takdir dan meminta -minta kepada orang lain yang sudah pasti akan memandang serong dengan kesusahan yang dialaminya.
Hasrat tersebut telah disuarakan kepada Y.b Dato' Dr Hasan B. Mohamed Ali agar dapat membantu dirinya yang memerlukan bantuan kewangan untuk membeli payung, meja makan, kerusi dan sedikit modal pusingan untuk mulakan perniagan.

Atas keperihatinan dan merasa simpati diatas kesusahan yang dialami oleh Yahya, Dato' Dr Hasan telah bersetuju untuk membantu beliau untuk membeli payung, meja makan, kerusi., peralatan masak yang baru, RM400 juga telah diberikan modal permulaan perniagaan.
Dato' Dr Hassan berkata, Negeri Selangor yang mengamalkan negeri berkebajikan seharusnya menolak rakyat yang dalam kesempitan. Apatahlagi ekonomi negara yang tidak stabil dengan kenaikan minyak, barang dapur sudah pasti memberi tekanan kepada rakyat yang tidak berupaya dan pendapatan rendah.

Oleh itu, sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, saya akan cuba membantu rakyat selangor agar dapat mengeluarkan diri mereka daripada kepompong kemiskinan. Walaupun tidak dapat menghulurkan bantuan yang banyak, harap dengan sumbangan diberikan dapat memberi sinar baru kepada mereka seisi keluarga, katanya.
Yahya yang telah menerima bantuan sumbangan tersebut melahirkan rasa kesyukuran dan kegembiraannya kerana harapan tersebut telah tercapai. Beliau yang ditemui baru-baru ini menyatakan kini sudah sebulan lebih perniagaannya telah mula beroperasi dengan baik atas sokongan yang diberikan oleh Y.B Dato' Dr Hassan. Beliau dan isterinya amat berharap semoga bantuan diberikan oleh Y.B Dato' Dr Hassan mampu mulakan kehidupan baru kepadanya seisi keluarga dan tidak bergantung harap kepada orang lain yang pastinya ada kesulitan kehidipan juga, ujarnya.


Editor :Khaulah Azwar

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...